Monday 16 February 2015

KEM PENGAWAS SBJK 2015

KEM PENGAWAS SBJK 2015 




TARIKH :  13-15 FEBRUARI 2015 
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH



 PENGENALAN

 Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain

Justeru, KEM KEPIMPINAN DAN PEMANTAPAN SAHSIAH ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.

Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.


 OBJEKTIF

TERDAPAT 2 OBJEKTIF YANG DIGARISKAN IAITU: 

OBJEKTIF UMUM 

  • Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri
  • Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat Melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain
  • Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan visi organisasi. 

OBJEKTIF KHUSUS 

  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawa
  • Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah.
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid



BERIKUT MERUPAKAN ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEPANJANG KEM BERJALAN. 


          


SESI PENDAFTARAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA BILIK-BILIK KHAS DAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS  





SESI ICE BREAKING PADA PETANG JUMAAT 







MURID MENJALANKAN RIADAH DI GELANGGANG SEKOLAH 







MURID MENUNGGU MURID LAIN SEBELUM MAKAN MALAM BERSAMA-SAMA 





MURID MENUNAIKAN SEMBAHYANG MAGRIB SECARA BERJEMAAH DIKETUAI OLEH  ADIK SYAKIRIN 






MURID BERSIAP SEDIA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SENAMROBIK  PADA SEBELAH PAGI 





FASILITATOR DAN GURU PENOLONG KANAN HEM MENERANGKAN AKTIVITI LDP PERTAMA 






MURID MENGHASILKAN  LOGO KUMPULAN MASING-MASING 






MURID MEMBENTANGKAN HASIL KERJA MEREKA SELEPAS LDK 







LATIHAN RAPTAI PERHIMPUNAN OLEH PENGAWAS SEKOLAH 





KETEKUNAN MURID MENYIAPKAN BEG AJAIB MASING-MASING







MENARA IDAMAN YANG DICIPTA OLEH MURID MEMBERI MAKNA TERSENDIRI DALAM MENYEDIAKAN MENARA TERSEBUT






PENGAWAS PUSAT SUMBER SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT MENGENAI TUGASTUGAS SEORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER 








TERPANCAR KEGEMBIRAAN MURID-MURID APABILA BERIADAH DI TASIK TITIWANGSA 






KASIH SAYANG SEORANG GURU TERHADAP ANAK MURIDNYA





TUAN PENGETUA MENYERAHKAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA MURID-MURID


SESI BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN KEM PENGAWAS SBJK 2015





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CORETAN PADA KALI INI :)  

3 comments:

  1. Bagus.. Bagaimana cara untuk mohon jadi guru di sbjk.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Bagus.. Bagaimana cara untuk mohon jadi guru di sbjk.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Tuan boleh memohon dengan menghantar resume kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 Putrajaya

    Buat masa ini, semua perjawatan di SBJK telah diisi penuh. Terima kasih.

    ReplyDelete