Cadangan penubuhan
SBJK adalah inisiatif KPM terhadap keperluan meneruskan usaha memberikan akses
pendidikan kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur yang merupakan
salah satu kumpulan kanak-kanak terpinggir di negara ini. Penubuhan sekolah ini telah dipersetujui
melalui Mesyuarat Profesional KPM Bil. 25/2011 bertarikh 10 November 2011,
Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 2/2012 pada 2 Februari 2012 serta Bil. 8/2012
pada 23 Mei 2012 dan Mesyuarat Pasca Kabinet KPM Bil. 9/2012 yang telah
diadakan pada 23 Mei 2012.
Sebagai permulaan,
SBJK telah dibuka di premis yang pernah menjadi Pejabat Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala
Lumpur. Kedudukannya yang berada di
pusat bandaraya Kuala Lumpur adalah amat strategik bagi menampung keperluan anak-anak
yang kurang bernasib baik di sekitar bandaraya ini.
Objektif utama penubuhan SBJK ialah:
i)
Menyediakan
akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak kanak jalanan dan terpinggir.
ii)
Mengurangkan
kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia.
iii) Memberi
peluang membentuk laluan kerjaya kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir.
iv) Membina
insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdikari.
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala
Lumpur yang berkod WEA 0255, mula beroperasi pada 19 Ogos 2013. Seramai 21
perjawatan telah diluluskan oleh agensi pusat bagi keperluan sumber manusia di
sekolah ini termasuk 1 Pengetua, 3 Guru Penolong Kanan,11 orang guru, 1
kaunselor dan 5 AKP. Kesemua kakitangan dan guru sekolah ini telah diberi
latihan khusus melalui Kursus Peningkatan Profesionalisme SBJK oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), KPM. Bermula dengan semua guru mengikuti kursus dan
latihan intensif selama sebulan sebelum SBJK beroperasi. BPG telah melaksanakan
kursus kepada SBJK sebanyak 2 kali setahun.
Selain itu, pihak luar seperti Yayasan Emkay juga
telah mengadakan kursus khas bagi penggunaan Toy Library bagi diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi penting yang telah dilaksanakan bagi program SBJK adalah berkaitan
kurikulumnya di mana IPG Teknik telah merangka dan menyediakan Modul SBJK yang
dimodifikasi dari kurikulum standard bagi membolehkan SBJK beroperasi melalui
modul pembelajaran khusus. Semua guru terlibat secara langsung dalam penyediaan
dan latihan berkaitan penggunaan modul SBJK. Modul ini sangat penting digunakan
memandangkan konsep multigred learning diamalkan
di sekolah ini.
Salam, saw the coverage on TV3 news tonight...the effort by your school really really inspired me. May you all be blessed for your noble effort to educate those unfortunate.
ReplyDelete