Latihan Kompang Pelajar SBJK
Tuesday, 24 March 2015
Program Bakti Siswa UKM 14 & 15 MAC 2015
Persembahan Demonstrasi Seni Silat Cekak Daripada Pelajar SBJK
Monday, 23 March 2015
Sunday, 22 March 2015
Tuesday, 17 March 2015
teater murid
TEATER LORONG PEMIMPI
Pementasan TEATER
LORONG PEMIMPI hari
ini.
Jadi jangan lupa untuk
dapatkan tiket anda.
Nanti
menyesal!
Tiket sedang laju dijual sekarang!
Jadi, "CEPAT PERGI BELI"!!!
Dapatkan tiket anda, hubungi mereka:
1. Ali - 011-3985 6694
2. Hussein - 011 1133 0732
#ChowKitYouth
#LorongPemimpi
#ChowKit
#1MDB
#BijiBiji
#AuditoriumDBKL
lakonan murid SBJK iaitu YON & MUNIR
jemput beramai-ramai memeriahkan lagi teater ini :)
Wednesday, 4 March 2015
KAEDAH PEMBELAJARAN DI SBJK, SANTAI MEMBUATKAN MURID BERASA SERONOK DAN BERJAYA MENARIK MINAT MEREKA UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
BIARPUN hidup dalam keadaan serba kekurangan dan disisih oleh masyarakat, tetapi keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sokongan kuat dan suntikan motivasi diberikan oleh warga pendidik sekolah itu menjadikan semangat mereka lebih kental dan mampu menonjolkan bakat atau keistimewaan yang ada.
KAEDAH pembelajaran di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur yang bercorak santai membuatkan murid berasa seronok dan berjaya menarik minat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
Salah seorang muridnya, Firdaus Abdullah, 13, baru menyambung semula pembelajarannya di sekolah itu setelah hampir seminggu tidak hadir bersama-sama dengan dua lagi adiknya berusia 10 dan tujuh tahun akibat kesempitan hidup.
Remaja itu bersama-sama ibunya dan lima lagi adik-beradik yang lain terpaksa tinggal di bawah jambatan setelah diusir daripada rumah sewa.
Sepanjang tempoh seminggu, Firdaus terpaksa mencari kotak untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian dan kelaparan memaksa keluarga itu mengunjungi ke sekolah berkenaan yang menyediakan kemudahan makanan percuma untuk muridnya.
Kesempitan hidup menyebabkan Firdaus tidak pernah mengikuti pembelajaran di sekolah biarpun mencapai usia remaja. Dia tidak tahu menulis dan mengira sebelum mengikuti pembelajaran di SBJK.
KASIH SAYANG SEORANG GURU TERHADAP ANAK MURIDNYA
“Di sekolah ini, saya berpeluang belajar dengan baik dan tidak mungkin mendapatkannya di luar, apatah lagi di rumah. Saya dapat belajar dan sudah pandai menulis nama sendiri hasil tunjuk ajar guru. Mereka bukan sahaja mengajar saya ilmu pengetahuan, malah memberi saya kasih sayang seperti keluarga sendiri.
“Walaupun saya daripada latar belakang keluarga yang berbeza dengan rakan lain di sekolah biasa, tetapi guru di sekolah ini tidak pernah memandang serong kepada saya. Mereka marah jika murid buat silap, tidak mendengar kata, namun teguran guru itu adalah dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Kata Firdaus, selain prihatin dengan masalah murid, guru itu juga sabar dalam mendidik mereka, malah ada yang sanggup tidur di sekolah pada waktu malam semata-mata mahu menyiapkan persiapan aktiviti pada keesokan harinya.
“Guru juga mengajar secara santai dan tidak terlalu memaksa atau menekan murid. Saya dapati belajar itu menyeronokkan dan keseronokan itu diperoleh hasil daripada inisiatif dan kesabaran guru dalam mendidik kami. Saya rasa pengorbanan mereka terlalu besar dan terima kasih cikgu kerana berusaha mendidik kami semua,” katanya.
Bagi Intan Natasha Isa, 16 guru bertanggungjawab menjadikan rutin hariannya di SBJK sebagai menyeronokkan dan tidak sehari pun dia mahu terlepas waktu pembelajaran biarpun pada waktu cuti persekolahan.
“Saya tidak sangka sekolah itu menyeronokkan kerana sebelum ini untuk ke sekolah banyak sahaja rintangannya tetapi bila memasuki SBJK, guru-guru amat baik melayan kami dan saya seronok dengan kehidupan sekarang.
“Dahulu saya rasakan belajar itu sukar dan mustahil ada guru sebaik di SBJK. Mereka melayan kami seperti anak-anak sendiri, saya juga bebas untuk memeluk guru pada bila-bila masa dan sebab itu belajar itu menyeronokkan,” katanya.
Selain itu, menurut Azmi Ibrahim, 17, dia tidak menyangka mempunyai bakat terpendam dalam menghasilkan lukisan tampalan dalam masa yang singkat, hasil daripada didikan guru di SBJK.
Katanya, guru di sekolah itu berjaya mengetengahkan bakat murid dalam bidang tertentu dan hasil kesabaran guru terlibat, mereka dapat menggunakan bakat semula jadi yang dimiliki untuk keperluan profesion masa depan.
“Atas dorongan guru juga saya berhasrat untuk menyambung pelajaran di SBJK dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi,” katanya.
utusan
Tuesday, 3 March 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015
PENYERTAAN PELAJAR SBJK
KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015
5 FEBRUARI 2015
PENGENALAN
Kejohanan merentas desa dijalankan sekali dalam setahun melibatkan
sekolah-sekolah di Wilayah Keramat. Kejohanan dijalankan di Taman Tasik
Titiwangsa, Kuala Lumpur
OBJEKTIF
·
Memupuk semangat kesukanan yamg tinggi dalam
diri warga sekolah di wilayah keramat
·
Mewujudkan kerjasama yang jitu di antara
warga sekolah wilayah keramat
·
Menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan
seharian.
TARIKH PROGRAM
5 februari 2015
MASA
7.30 hingga 12.00
tengahari
TEMPAT
Taman Tasik
Titiwangsa
Seramai 27 orang
murid sekolah bimbingan jalinan kasih
Kejohanan merentas desa zon keramat 2015 berlansung pada 5 februari 2015
yang diadakan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktrivti kokurikulum yang
dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah yang melibatkan murid di setiap
sekolah di wilayah Keramat. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam setahun dengan
kerjasama daripada setiap sekolah di wilayah keramat.
Kejohanan ini dijalankan adalah
bertujuan memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri warga sekolah di
wilayah keramat selain mewujudkan kerjasama yang jitu diantara warga sekolah Wilayah Keramat disamping menjadikan gaya
hidup sihat sebagai amalan seharian.
Pada kejohanan ini seramai 27 orang
murid sekolah bimbingan jalinan kasih terlibat. Murid dipilih mengikut kategori
yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 12 tahun, kategori bawah 15 tahun dan
kategori bawah 18 tahun.
Peserta –peserta yang menyertai berkumpul di
sekolah pada jam 7.00 pagi dan bertolak dari sekolah pada jam 7.30 pagi. Semua
peserta didaftarkan di kaunter pendaftaran. Semua murid yang terlibat berkumpul
dan membuat senaman memanaskan badan sebelum kejohanan bermula.
Pada jam 8.40 pagi peserta dilepaskan
mengikut kategori. Peserta pertama yang dilepaskan ialah peserta bagi kategori
lelaki bawah 18 tahun, seterusnya diikuti dengan peserta bagi kategori lelaki
bawah 15 tahun diikuti dengan kategori
perempuan bawah 18 tahun serta kategori perempuan bawah 15 tahun. Seterusnya
kategori lelaki bawah 12 tahun dan
kategori perempuan bawah 12 tahun.
Secara keseluruhannya kejohanan ini banyak memberi faedah kepada semua
peserta yang terlibat. Murid-murid sekolah bimbingan jalinan kasih memberi
kerjasama yang baik serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di
sepanjang kejohanan meskipun tidak berjaya memenangi kejohanan
KEM SENTUHAN ROHANI SBJK 2015
KEM SENTUHAN
ROHANI
SEKOLAH
BIMBINGAN JALINAN KASIH
ALANG SEDAYU
RECREATIONAL PARK
27 - 29 JANUARI
2015
1.0 RASIONAL
Belia
merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan.
Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah
sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian
Islam dan modal insan sepatutnya.
Bagi
membolehkan para belia mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa belia juga mesti
diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi
melalui realiti kehidupan di zaman ini.
Justeru
itu pendedahan program bimbingan belia dan motivasi akan penting kepada semua
belia yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.
Program
ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan belia yang mempunyai daya juang
yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya
melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri belia itu sendiri.
2.0 NAMA PROGRAM : Kem Sentuhan Rohani
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan belia yang bermotivasi
tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan dunia dan
akhirat.
3.2 Melahirkan belia yang mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri,
Allah, keluarga, bangsa dan negara.
3.3 Melahirkan belia yang soleh dan
solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan ibadah dalam
kehidupan.
3.4 Menyedarkan para peserta bahawa
sikap negatif boleh menghalang kejayaan insan perlu dikikis dan diganti dengan
sikap positif.
Majlis Pelancaran Program Impresis Sekolah SBJK 2015
Majlis Pelancaran Program Impresis Sekolah SBJK 2015
Program Impresis Sekolah (PIS) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng disamping memberi pendedahan mengenai kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap negetif ini tidak diubah. Sehubungan dengan itu tema ”Jom Pi Sekolah” telah dipilih untuk Program Impresis Sekolah pada kali ini.
Objektif Program Impresis Sekolah (PIS) ini diadakan adalah seperti berikut:
◊ Menyedarkan murid tentang
pentingnya hadir ke sekolah,
berada didalam kelas sepanjnag
pengajaran dan pembelajaran dan
mengikuti semua aktiiviti dan
program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
◊ Murid dapat mengetahui dan
memahami implikasi gejala
ponteng sekolah dan kelas.
◊ Membentuk Sahsiah diri murid
serta mengamalkan budaya positif
dalam diri murid bagi membentuk
potensi diri murid.
◊ Menjalankan program dan aktiviti
di sekolah sebagai langkah bagi
mengurangkan murid terlibat
dengan masalah ponteng sekolah
dan kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)