KEM PENGAWAS
SBJK 2015
PENGENALAN
TARIKH : 13-15 FEBRUARI 2015
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH
PENGENALAN
Lembaga Pengawas
dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan
tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri
daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli
pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi pengawas-pengawas
menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan
contoh dan teladan kepada murid-murid lain
Justeru, KEM
KEPIMPINAN DAN PEMANTAPAN SAHSIAH ini perlu diadakan
sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma
kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.
Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan
murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang dibentuk melalui acuan
guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak
dan berjalan seperti yang dirancang.
OBJEKTIF
TERDAPAT 2 OBJEKTIF YANG DIGARISKAN IAITU:
OBJEKTIF UMUM
- Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
- Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri
- Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat Melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi
- Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan
- Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain
- Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan visi organisasi.
OBJEKTIF KHUSUS
- Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawa
- Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah.
- Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid
BERIKUT MERUPAKAN ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEPANJANG KEM BERJALAN.
SESI PENDAFTARAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA BILIK-BILIK KHAS DAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS |
SESI ICE BREAKING PADA PETANG JUMAAT |
MURID MENJALANKAN RIADAH DI GELANGGANG SEKOLAH |
MURID MENUNGGU MURID LAIN SEBELUM MAKAN MALAM BERSAMA-SAMA |
MURID MENUNAIKAN SEMBAHYANG MAGRIB SECARA BERJEMAAH DIKETUAI OLEH ADIK SYAKIRIN |
MURID BERSIAP SEDIA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SENAMROBIK PADA SEBELAH PAGI |
FASILITATOR DAN GURU PENOLONG KANAN HEM MENERANGKAN AKTIVITI LDP PERTAMA |
MURID MENGHASILKAN LOGO KUMPULAN MASING-MASING |
MURID MEMBENTANGKAN HASIL KERJA MEREKA SELEPAS LDK |
LATIHAN RAPTAI PERHIMPUNAN OLEH PENGAWAS SEKOLAH |
KETEKUNAN MURID MENYIAPKAN BEG AJAIB MASING-MASING |
MENARA IDAMAN YANG DICIPTA OLEH MURID MEMBERI MAKNA TERSENDIRI DALAM MENYEDIAKAN MENARA TERSEBUT |
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT MENGENAI TUGASTUGAS SEORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER |
TERPANCAR KEGEMBIRAAN MURID-MURID APABILA BERIADAH DI TASIK TITIWANGSA |
KASIH SAYANG SEORANG GURU TERHADAP ANAK MURIDNYA |
TUAN PENGETUA MENYERAHKAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA MURID-MURID |
SESI BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN KEM PENGAWAS SBJK 2015 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CORETAN PADA KALI INI :) |
Bagus.. Bagaimana cara untuk mohon jadi guru di sbjk.Terima kasih.
ReplyDeleteBagus.. Bagaimana cara untuk mohon jadi guru di sbjk.Terima kasih.
ReplyDeleteTuan boleh memohon dengan menghantar resume kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 Putrajaya
ReplyDeleteBuat masa ini, semua perjawatan di SBJK telah diisi penuh. Terima kasih.